Akaun allegiant.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG KHAS UNTUK MANGSA BANJIR



Dari Abu Hurairah R.A

Nabi Muhammad SAW Bersabda :

 Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan di akhirat

(Hadis Riwayat Muslim)


"Banjir kilat kalini berlaku benar-benar diluar jangkaan, dan berlaku dalam sekelip mata. Terlalu ramai ahli keluarga yang masih tersekat dan terkandas terutama dalam kawasan pedalaman yang terjejas dan perlukan bantuan"

17 Disember menjadi tarikh bersejarah tanda berlakunya Banjir kilat yang berlaku di banyak tempat, terutama di kawasan sekitar yang tidak pernah dinaiki air. Bukan hanya banjir biasa, tetapi memusnahkan banyak tempat tinggal dan meragut ramai nyawa saudara kita di luar sana. Di saat ini juga masih ramai yang sedang menantikan bantuan.

Dalam beberapa hari sejak berlakunya banjir ini, kami turut serta dalam misi bantuan mangsa banjir yang terjejas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sepanjang perjalanan kami memberikan bantuan, terasa sedih dan pilu melihat kawasan sekitar yang hancur dan musnah, apatah lagi ahli-ahli keluarga yang hilang tempat tinggal dan mata pencarian.

Apa yang boleh saya kongsikan dengan kalian semua, masih ramai lagi yang terputus bekalan makanan dan perubatan. Terutama mereka yang berada dalam kawasan pedalaman. Kerana tidak semua daripada mereka yang boleh keluar dan akses ke jalan utama. Lebih sayu, ada yang terpaksa membawa seorang pesakit jantung keluar dari kawasan pedalaman yang jauh meredah banjir hanya menggunakan tong sahaja. Begitu juga dengan yang lain, mereka memerlukan banyak lagi kelengkapan yang masih lagi belum ada atau cukup.

Justeru, tabung ini dibuka khas untuk membantu mereka membeli peralatan dan perubatan yang masih lagi belum mencukupi, mengikut keperluan setempat mereka. Anda boleh juga menghubungi pihak kami, andai ingin menyalurkan terus bantuan berbentuk barangan berdasarkan senarai keperluan yang kami akan kongsikan dibawah ini atau boleh juga keperluan yang lain. Semoga kita semua dapat sama-sama bantu mereka.

Antara KEPERLUAN UTAMA (Amat Diperlukan)
1. Toto/Selimut/Bantal
2. Selipar
3. Torchlight
4. Panadol
5. Tuala
6. Canvas/Khemah
7. Tikar
8. Baju

Kami dari Team Khira by Allegiant ingin mengajak ANDA untuk bersama-sama dengan kami, membantu mereka yang kurang bernasib baik tidak mengira UMUR, BANGSA mahupu AGAMA. Semoga setiap sumbangan dan sokongan ikhlas dari ANDA dapat mengukir senyuman di wajah, serta meringankan beban mereka, InsyaAllah!

Boleh Hubungi kami Whatsapp Us untuk sebarang bantuan berbentuk barangan atau sebarang maklumat lanjut mengenai Misi Bantuan Banjir ini. Terima kasih

***InsyaAllah, segala update akan kami kongsikan dalam Instagram. Boleh rujuk senarai Instagram di bawah:

INSTAGRAM: @farahfakhira_ @khira.official @zxdlxrff